IBARAT BUAH JATUH TIDAK JAUH DARI POHONNYA
Di sini saya ingin kongsikan sesuatu kepada para ibu bapa diluar sana. Apa yang kita lakukan dihadapan anak-anak adalah mustahak kerana anak kita akan sentiasa melihat kita untuk dijadikan contoh. Sudah menjadi kebiasaan apabila ingin melakukan sesuatu atau menonton bola sepak, saya akan sentiasa berdoa. Sebagai contoh, ada satu perkara yang terjadi dan amat menyentuh hati saya. Saya merasa terharu sangat.
Ketika perlawanan JDT baru-baru ini, seorang individu telah merakam sekeping gambar pada minit ke-42, di mana pada ketika itu kanak-kanak lain termasuk anak perempuan saya sedang bermain tetapi anak lelaki saya iaitu Tunku Iskandar, 3 tahun dilihat sedang berdoa. Beliau menonton bola sepak dan berdoa sendiri.
Jadi, inilah yang ingin saya kongsikan kepada para ibu-bapa. Mustahak kita mendidik anak-anak kita mengikut apa yang kita lakukan untuk dijadikan contoh agar mereka menjadi insan yang lebih baik daripada kita.
SALAM JUMAAT
———
THE APPLE DOESN’T FALL FAR FROM THE TREE
I would like to share something with all parents out there. What we do in front of our children is important because our children always look at us as role models. It has been a norm when I am about to do something or watch football, I will always pray. For example, something recently happened and really touched my heart. I was really moved.
During a recent JDT match, an individual took picture at the 42nd minute, including my daughter playing around but my three-year-old son Tunku Iskandar was seen praying. He was watching football and praying by himself.
So, this is what I want to share with all parents. It is important for us to teach our children to do as we do and learn from it so they can be better beings than us.
SALAM JUMAAT